Diplomat Akan Dihantar Ke NZ - Anifah

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 2:05 PM

Anifah Aman.

Anifah Aman.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand akan dihantar ke negara berkenaan.

 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah itu akan diambil jika pihaknya mendapat permohonan daripada kerajaan New Zealand.

"Jika perlu dan ada permohonan daripada New Zealand terutama jika siasatan masih belum dijalankan sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Anifah berkata, tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, bertugas sebagai pembantu kakitangan pertahanan berpangkat Pegawai Warran Dua di Kementerian Pertahanan.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Wellington menarik balik sekatan untuk mendedahkan identiti diplomat terbabit.

Selain itu, Anifah berkata, diplomat itu kini disiasat daripada aspek kesihatan mentalnya.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, pegawai kementerian berkenaan boleh didakwa di Mahkamah Tentera.

"Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa New Zealand untuk lakukan siasatan.

"Kes ini telah dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu. Pegawai ini telah bertugas selama setahun dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi di New Zealand,'' katanya.

Ekoran kejadian itu, kerajaan New Zealand juga menuntut supaya kekebalan diplomatik lelaki terbabit dibatalkan.

Diplomat tersebut turut dilaporkan sudah kembali ke Malaysia.

Tags / Kata Kunci: diplomat , Anifah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan