Revolusi Tamar Pikat Pelanggan

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Buah kurma begitu sinonim apabila tibanya Ramadhan kerana menjadi kebiasaan masyarakat Islam seluruh dunia akan memastikan ia antara juadah wajib ketika berbuka puasa.


Kini, kurma mengalami satu revolusi baharu apabila cara penyediaannya dipelbagaikan dengan perisa eksklusif seperti kurma badam, kurma zamzam dan kurma gajus.


Shahul Hameed bersama produk yang dijual di kedainya di Jalan Medan Bunus, Kuala Lumpur.

Bagi yang berhasrat untuk mendapatkan makanan sunnah ini, lokasi paling tepat untuk dituju pastinya sekitar Jalan Medan Bunus di ibu negara Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh mendapatkan makanan sunnah lain seperti kismis, badam, zaitun dan air zam-zam pada harga berpatutan.

Seorang peniaga, Shahul Hameed berkata, buah kurma juga mempunyai kegunaan lain seperti bahan membuat biskut, masakan dan jus, selain kaya dengan khasiat.

Peniaga berusia itu 30 tahun itu menambah, premisnya menjual makanan dari Timur tengah ini dan ia boleh diperoleh sepanjang musim perayaan ini.

Tinjauan mStar Online mendapati kurma boleh dibeli pada harga RM10.50 perkilogram, manakala setiap kotak 300gram kurma ekslusif pula dijual antara RM10 hingga RM16.50.

Tags / Kata Kunci: kurma , tamar , revolusi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan