Stok Darah Tidak Akan Cukup Tanpa Sokongan Semua

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 2:00 PM

Bekalan darah berterusan penting untuk membantu pesakit yang memerlukan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekalan darah tidak akan bertahan lama tanpa sokongan semua pihak, walaupun ia mencukupi untuk kegunaan ramai menjelang Ramadan ini.


Pakar Perubatan Transfusi, Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noorasrina Ishak berkata, setakat ini, pihaknya tidak menghadapi masalah kekurangan stok yang serius.

"Jumlah stok darah yang mencukupi tidak bermakna ia mampu menampung bagi kegunaan jangka panjang.

"Kami tidak hanya bergantung kepada stok yang ada sahaja, tetapi dari masa ke semasa meminta orang ramai datang ke PDN atau ke kempen derma darah untuk menderma darah," jelasnya kepada mStar Online.

Kata Dr Noorasrina lagi, pihaknya sentiasa memastikan stok darah mencukupi dengan mengadakan kempen derma darah berterusan, kita mampu mengelakkan masalah stok kekurangan darah berlaku.

"Bagi PDN, saya gembira kerana kesedaran orang ramai dalam aktiviti menderma darah ini semakin menggalakkan," katanya, terutama pada Hari Penderma Darah Sedunia pada Jun lalu.

Mengenai darah jenis ganjil atau Bombay, Dr Noorasrina berkata, jenis darah ini memang jarang ditemui.

"Darah ganjil sangat kritikal memandangkan hanya satu peratus daripada populasi penduduk negara ini mempunyai kumpulan darah jenis itu.

"Sesetangah orang keliru mengenai jenis darah ganjil ini. Ia seperti kumpulan darah lain, cuma jenis darah jarang di temui di sini," jelasnya.

Pemantauan rapi PDN mendapati, Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1.4 juta jumlah penderma tetap untuk mencapai sasaran lima peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi negara maju.

Bagaimanapun, ketika ini hanya ada 2.5 peratus penderma darah di Malaysia.

Tahun lalu, 653,124 unit darah dikutip di seluruh negara dan pada tahun sama seramai 332,877 pesakit menerima bekalan darah, manakala di Wilayah Persekutuan, sebanyak 166,787 unit darah dikumpul tahun lalu dengan 100 peratus penderma sukarela dan jumlah ini adalah 25 peratus daripada jumlah kutipan dalam negara.

Tags / Kata Kunci: bekalan darah , PDN , kempen

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan