Saifuddin Letak Jawatan Felo Kanan Di UM Ekoran Pemecatan Prof Redzuan

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 12:21 PM

Datuk Saifuddin Abdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) berikut pemecatan kontroversi seorang profesor di universiti tersebut.

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin. 

Menurut laporan, pensyarah sains politik UM Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah diminta untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) oleh Kementerian Pendidikan kerana kementerian tidak berpuas hati dengan tinjauan bebas dan tinjauan mengenai suasana politik Malaysia yang dijalankan oleh profesor berkenaan.

Turut dilaporkan, kedudukan Profesor Dr Redzuan sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Jabatan Sains Sosial tidak diperbaharui.

Laporan-laporan mendakwa bahawa penamatan profesor adalah disebabkan rasa tidak puas hati di atas keputusan kajiselidik dan tinjauan Profesor Dr Redzuan yang didakwa menunjukkan Barisan Nasional berada dalam keadaan tidak baik.
Tags / Kata Kunci: Felo Kanan UM , Prof Redzuan , Umcedel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan