Tiada Syarikat Keselamatan Asing Beroperasi Di Negara Ini - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 10:30 PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor pada majlis iftar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersama warga KDN Johor di Komleks KDN Setia Tropika, Johor pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Siasatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati tiada syarikat luar yang memiliki atau mengendalikan mana-mana syarikat kawalan keselamatan di negara ini khususnya di Johor, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya wujud mana-mana syarikat kawalan keselamatan asing menggunakan namaan, pihak kementerian berhak membatalkan lesen mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan sebuah syarikat keselamatan asing, Soverus Group, yang berpangkalan di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Sebelum itu, Zahid menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga KDN Johor di sini pada Isnin.

Mac lepas, syarikat itu yang dimiliki oleh bilionair Singapura, Peter Lim menandatangani perjanjian persefahaman dengan anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dengan tujuan untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Cadangan syarikat republik itu bersama rakan kongsinya itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada ahli politik tempatan yang mengatakan langkah itu akan menjejaskan keselamatan negara ini.


Tags / Kata Kunci: KDN , Johor

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan