Rahman Dahlan Persoal Integriti Kajian UMcedel

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 10:22 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan integriti kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

"Kajian UMcedel kadang-kadang menyentuh isu politik yang subjektif. Ia melangkaui daripada skop akademik. Kajian politik mempunyai berat sebelah," kata Ahli Parlimen Kota Belud itu di twitter pada Isnin.

Abdul Rahman berkata, walaupu kajian menyasarkan kedua-dua Kerajaan dan pembangkang, tetapi berat sebelah tetap berlaku.

"Kadang-kadang saiz dan kualiti sampel mereka dan 'rangka' soalan-soalan mereka merujuk kepada pihak tertentu.

"Mereka yang menghadiri forum-forum UMcedel sering merasakan tentang betapa berat sebelahnya UMcedel dalam pendekatan kajian dan metodologinya," katanya.

Abdul Rahman berkata, kajian politik UMcedal bukan merupakan kajian akademi tetapi sebaliknya merupakan soal selidik yang diberikan kepada orang awam.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) berikut pemecatan kontroversi seorang profesor di universiti tersebut.

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin. 

Menurut laporan, pensyarah sains politik UM Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman telah diminta untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Kajian Umcedel oleh Kementerian Pendidikan berikutan kementerian tidak berpuas hati dengan tinjauan bebas dan tinjauan mengenai suasana politik Malaysia yang dijalankan oleh profesor berkenaan.

Turut dilaporkan, kedudukan Profesor Dr Redzuan sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Jabatan Sains Sosial tidak diperbaharui.

Laporan-laporan mendakwa bahawa penamatan profesor adalah disebabkan rasa tidak puas hati di atas keputusan kajiselidik dan tinjauan Profesor Dr Redzuan yang didakwa menunjukkan Barisan Nasional berada dalam keadaan tidak baik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan