Manikavasagam Bidas Khalid, Bantah Pemilihan Semula Cabang Kuala Selangor

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas kerana tidak dapat menerima kekalahan selepas gagal mempertahankan jawatannya di peringkat pemilihan Cabang Kuala Selangor, baru-baru ini.


Malah, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baru, S. Manalikavasagam berkata, Menteri Besar Selangor itu seharusnya bekerja keras jika mahu menang semula pada pemilihan parti akan datang.

Beliau juga akan membantah sekiranya pemilihan bagi cabang berkenaan diadakan semula.

"Dah kalah sudahlah, sudah cukup. Khalid kena terimalah kekalahan ini, tunggu lagi tiga tahun dan kena kerja untuk dapatkan balik kampung dia ini.

"Di kampung Khalid di Pasir Tuntung, pun saya menang banyak. Bukan itu sahaja di kampung sendiri pun tidak ada air, saya kena bawa air dari Kapar untuk bagi orang kampung dia air," katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Bukit Melawati di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Politik MB, Azman Abidin yang mendesak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk mengadakan semula pemilihan atas dakwaan adanya unsur penipuan dan sabotaj semasa pengiraan undi berlangsung.

"Sekiranya Azman benar-benar mahu bos (Khalid) menang, dia kena hadir masa pengiraan undi itu, bukan duduk di rumah tidur atau tengok bola.

"Kami akan bantah sekiranya benar pemilihan akan diadakan semula. Saya sekarang sudah Ketua Cabang," katanya.

Perkara itu turut diakui oleh wakil calon Mike, Norahim Tengol dan A. Steven yang turut berada di Ibu Pejabat PKR sewaktu pengiraan undi berlangsung.

Menurut mereka, pengiraan tersebut jelas tiada unsur sabotaj seperti yang didakwa Azman.

"Saya ada masa kira tersebut, dan wakil MB yang tanda tangan dahulu borang keputusan tersebut, bukan saya. Ini bermakna mereka menerima keputusan tersebut," kata Steven.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan