Saya Akan Terus Bantu Liow Dalam Misi Cari MH370 - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 8:03 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan terus membantu Menteri Pengangkutan yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam misi pencarian pesawat MH370.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk jawatan yang dipangkunya selama lebih setahun itu dapat diisikan dengan seorang menteri penuh.

“Saya akan tetap bersama untuk membantu Datuk Seri Liow supaya peralihan (tugas) ini tidak akan terganggu gugat. Saya mahu satu peralihan yang tidak terjejas kesinambungannya.

“Saya telah berkongsi pengalaman dan menyatakan kepada beliau (Liow) bahawa mungkin ada perkara-perkara yang kita akan beri tumpuan pada peringkat awal dan berperingkat-peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas kepada Liow di Kementerian Pengangkutan di sini, Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun lalu mengumumkan perlantikan anggota Kabinet baharu yang turut membabitkan Liow sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Hishammuddin yang sebelum ini memangku jawatan itu.

Liow yang juga Presiden MCA mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Pengangkutan pada Jumaat lalu.

Hishammuddin berkata, kerjasama beliau bersama Liow turut bertujuan untuk memastikan isu MH370 dapat ditangani secara baik.

“Saya akan terus membantu dan memastikan hubungan yang saya wujudkan dengan pemimpin-pemimpin negara berkaitan berterusan sehingga Liow selesa memimpinnya,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau dan Liow akan mendengar satu taklimat mengenai perkembangan terkini daripada empat jawatankuasa khas Kabinet berkaitan MH370 di Parlimen pada Selasa.

Katanya, empat jawatankuasa itu terdiri daripada Jawatankuasa Waris Penumpang, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset dan Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media.

“Taklimat penuh ini adalah mengenai perkembangan terbaharu berhubung misi pencarian MH370. Semua pihak akan memastikan peralihan yang lancar dalam fasa baharu pencarian pesawat MH370,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan