Tujuh Kawasan Masih Alami Gangguan Bekalan Air - Berita Semasa | mStar

Tujuh Kawasan Masih Alami Gangguan Bekalan Air

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 10:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tujuh daripada 54 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air sehingga kini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata kawasan terbabit ialah Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 35, Jalan Kebun Nenas dan UEP/USJ Subang.

"Bagi Wilayah Kuala Lumpur, daripada sejumlah 32 kawasan yang terjejas, kini hanya kawasan Taman Shamelin Perkasa yang masih mengalami terputus bekalan dan tekanan air rendah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata pada masa sama, sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat masih terputus bekalan dan mengalami tekanan air rendah.

"Gangguan ini tidak dapat dielakkan kerana bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan air di kawasan tersebut.

"Kedua-dua loji ini tidak lagi dapat menambah pengeluaran air terawat kerana masing-masing sudah beroperasi di tahap maksimum," katanya.

Dalam perkembangan lain yang membabitkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Pulau Ketam dan Sungai Lima, Priscilla berkata kerja-kerja menaikkan paip dari dasar laut yang dalam dan berlumpur masih diteruskan.

Beliau berkata ia dilakukan dengan bantuan kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembaikan hanya akan dijalankan selepas kerja menaikkan paip itu selesai.
Tags / Kata Kunci: Air Selangor , Syabas
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan