SKMM Sedia Sekat Laman Sosial Babitkan Aktiviti Militan

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal mahupun forensik bagi menyekat penggunaan laman sosial membabitkan aktiviti militan.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata bagaimanapun penglibatan pihaknya dalam memantau serta menyekat kegiatan itu hanya dapat dilakukan dengan persetujuan polis kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa polis.

"Aktiviti militan atau pengganas boleh disiasat mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan. Namun, setakat ini, SKMM belum menerima sebarang permohonan sekatan laman web daripada pihak polis mahupun Jabatan Agama Islam berkaitan perkara ini," katanya kepada Bernama, Ahad.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat lepas tentang keterbukaan militan Malaysia di Syria berkongsi pengalaman berjihad di negara itu dalam laman sosial kebelakangan ini.

Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, penyekatan itu terhad kerana setiap laman sosial seperti Facebook dan YouTube mempunyai terma dan syarat penggunaan tersendiri.

"Kandungan yang dimuat naik melalui Facebook atau YouTube tidak boleh disekat keseluruhannya kerana ia boleh menjejaskan keseluruhan kandungan lain yang terdapat dalam laman web tersebut untuk pengguna yang lain," katanya.

Namun begitu, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pentadbir laman media sosial terhadap pemilik akaun yang memuat naik kandungan yang berunsur militan.

Justeru, orang ramai juga digalakkan untuk melapor terus kepada Facebook dan YouTube bagi akaun media sosial yang melanggar syarat dan terma penggunaannya.

Jumaat lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata polis sedang menjejaki laman-laman web dan blog yang mempromosikan pergerakan jihad palsu dan militan kepada umum.

Menurutnya, polis akan memantau ketat laman-laman web itu terutama media sosial yang digunakan untuk merekrut anggota-anggota militan ke Syria dan Iraq.
Tags / Kata Kunci: SKMM , Militan , Syria

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan