P.Pinang Perlukan Landasan Kedua

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 3:13 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad mengulangi bahawa Pulau Pinang memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina landasan tambahan. 

Beliau berkata permintaan itu berdasarkan peningkatan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan pengangkutan kargo udara juga meningkat kerana pelaburan langsung asing (FDI).

"Bagi mereka yang tidak bersetuju Pulau Pinang memerlukan landasan kedua, anda tidak melihat kepentingan Pulau Pinang. Tolong lihat kepentingan Pulau Pinang, jangan sabotaj kepentingan Pulau Pinang dengan berkata kami tidak memerlukan landasan kedua.

"Pada masa sama kami yakin di Pulau Pinang landasan keduanya akan digunakan sepenuhnya, ia akan dioptimumkan tapi di Kedah kami tidak pasti," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Pada 12 Jun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di atas tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air.

Pada masa ini Kedah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Lim berkata Pulau Pinang tidak takut bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dengan syarat menyediakan kemudahan sama iaitu memberi Pulau Pinang landasan tambahan, kemudahan dan penyelenggaraan kargo udara bersepadu, hab membaiki dan membaik pulih pesawat.

Terdahulu, Lim menyaksikan majlis menandatangani pajakan Wisma Yeap Chor EE antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) Sdn Bhd.

PDC diwakili Pengurus Besarnya Datuk Rosli Jaafar dan WOU diwakili Pengerusinya Datuk Seri Stephen Yeap Leong Huat.

Lim berkata kepentingan menandatangani perjanjian itu membuktikan kerajaan negeri komited mempromosikan sains dan teknologi, serta animasi kreatif, dengan menyediakan tempat yang diperlukan melalui pajakan bangunan warisan berusia 100 tahun itu, Wisma Yap Chor Ee.

"Ini akan menjadi hab bagi Pencetus Animasi Kreatif di George Town dan akan menempatkan Kafe Sains Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Penang Science Cluster (PSC). Projek ini akan siap pada suku pertama tahun depan," katanya.
Tags / Kata Kunci: landasan kedua P.Pinang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan