MBAM Gesa Kajian Bersama Garis Panduan Keselamatan MRT, LRT

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 10:10 AM

Kejadian pada Khamis di mana seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu kajian bersama mengenai garis panduan keselamatan pembinaan MRT dan LRT adalah perlu untuk mengelakkan kemalangan.

Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Matthew Tee, yang membuat panggilan tersebut berkata kedua-dua kemalangan di tapak MRT di Pusat Bandar Damansara dan tapak LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang adalah membimbangkan.

Beliau berkata hakikatnya, kemalangan itu lebih menunjukkan kecacatan dan kelemahan dalam garis panduan keselamatan berbanding kesalahan daripada kontraktor berkenaan. 

"Sudah tentu, syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dalam kemalangan perlu bertanggungjawab (terhadap keselamatan di tapak), tetapi pemilik perlu memikul beberapa tanggungjawab," kata beliau ketika dihubungi.

Projek MRT dan projek sambungan LRT sedang dilaksanakan di bawah MRT Corp dan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana).

Pada Selasa, satu kepingan logam jatuh di atas sebuah kereta yang lalu di tapak pembinaan MRT Pusat Bandar Damansara, mencederakan pemandu dan pada hari Khamis seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Tee berkata MRT dan Prasarana perlu terlibat secara aktif dengan pihak kontraktor mengenai keselamatan dan aspek pembinaan yang lain di tapak pembinaan.

"Jangan hanya menyerahkan (aspek keselamatan) kepada syarikat-syarikat pembinaan. Pemilik perlu melebihkan penglibatan," tegas beliau.

Beliau mencadangkan supaya pegawai-pegawai MRT dan Prasarana bertemu dengan syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat untuk pelan pengurusan keselamatan yang lebih baik.
Tags / Kata Kunci: MBAM , MRT , LRT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan