178 Pasar Raya Sertai Kempen Penurunan Harga Setakat Ini

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 4:46 PM

Najib ketika melancarkan kempen penurunan harga pada Januari lalu.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kempen penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Januari lepas, setakat ini berjaya menarik penyertaan 178 pasar raya dengan 1,089 cawangan di seluruh negara.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan harga barangan melibatkan sehingga 4,000 produk.

Kempen itu menawarkan penurunan harga antara 10 dan 70 peratus, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya Tesco Seremban 2, di sini, Ahad.

Mengenai skim kawalan harga sempena Aidilfitri kali ini, Hasan mengingatkan peniaga skim tersebut akan berkuat kuasa dari 20 Julai hingga 5 Ogos dan membabitkan 18 jenis barangan.

"Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas," katanya.

Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan