Festival Berbuka Puasa Sepanjang Jalan Raja, Dataran Merdeka

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 10:41 PM

Suasana sekitar majlis berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka pada setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa ini bersempena Festival Ramadan 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka pada setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa ini bersempena Festival Ramadan 2014.

Program Merakyatkan Seni Budaya 'Jom Buka Puasa' itu menyajikan hidangan seperti buah kurma, kuih-muih dan bubur lambuk, yang disediakan Masjid Jamek Kampung Baru pada 29 Jun, 5 hingga 6 Julai, 12 hingga 13 Julai dan 19 Julai.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Norliza Rofli berkata program itu antara enam aktiviti bersempena Festival Ramadan 2014.

"Bila kami laksanakan festival ini sejak dua tahun lepas, kami mendapat maklum balas yang cukup mengalakkan, sebab itu kami rasa kita teruskan menganjur festival seperti ini.

"Untuk tahun lepas sahaja, kita berjaya mencapai lebih 22,000 pengunjung dan kali ini kami sasarkan 25,000," katanya pada pelancaran program itu hari ini, yang bertema 'Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima'.

Norliza berkata aktiviti itu anjuran bersama JKKN dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau berkata majlis itu turut diisi dengan tazkirah Ramadan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah generasi muda bermula 6 petang.

Program lain termasuk Pertandingan Nasyid dan Marhaban, Tadarus Al-Quran, Bazar Ramadan Raya, Peragaan Busana Muslimah serta Kem Remaja Ramadan.

Norliza berkata Kem Remaja Ramadan akan diadakan dari 11 hingga 13 Julai di Masjid Negara dan pengisiannya ialah tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, motivasi kuliah dan ceramah agama.

Beliau berkata festival itu merupakan sebuah program yang berteraskan kerohanian untuk menjadikan Ramadan sebagai bulan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam kepada masyarakat umum.
Tags / Kata Kunci: Ramadan , Buka Puasa

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan