Pengawal Keselamatan: Wajib Buat Pengesahan Kad Pengenalan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 2:39 PM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) memeriksa barisan peserta kursus Certified Security Guards semasa hadir ke Program Tamat Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Baru, Sabtu. Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KUBU BHARU: Berkuat kuasa pada 1 September ini, semua syarikat kawalan keselamatan diwajibkan membuat pengesahan kad pengenalan calon yang memohon kerja sebagai pengawal keselamatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan perlu hadir ke JPN untuk membuat pengesahan MyKad secara biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Langkah ini bertujuan memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warga Malaysia dan juga pemilik kad pengenalan yang sah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) pada Sabtu.

Ahmad Zahid menarik perhatian langkah itu susulan pelbagai isu yang timbul berkaitan industri kawalan keselamatan termasuk kualiti syarikat berkenaan,penggunaan pengawal keselamatan warga asing tanpa izin serta penggunaan kad pengenalan palsu.

Ahmad Zahid berkata 659 pengawal keselamatan warga asing tanpa izin ditahan di seluruh negara sejak 1 Sept 2013 hingga 23 Jun lepas.

"Kita (KDN) turut membatalkan lesen lapan syarikat kawalan keselamatan dan memberi amaran terakhir kepada 25 syarikat kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk menggaji pengawal keselamatan warga asing haram.

"Saya ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal kesalamatan warga asing haram supaya menghentikan perbuatan ini dengan serta-merta atau berdepan tindakan pembatalan lesen oleh KDN," tegasnya.

Berhubung pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan, Ahmad Zahid berkata ia bukan bertujuan membebankan syarikat kawalan keselamatan sebaliknya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam kalangan pekerjanya.

"Ketika ini, kadar gaji minimum bagi gaji pokok RM900, tidak termasuk elaun dan kerja lebih masa. Purata gaji yang diperoleh sekitar RM1,200 hingga RM1,900," katanya.

"Dalam memastikan syarikat memberi perkhidmatan terbaik dan pada masa sama tidak gulung tikar disebabkan pelaksanaan gaji minimum...atas pertimbangan ini KDN menetapkan latihan secara bersijil dilakukan secara berpusat supaya kenaikan gaji ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan," jelas Ahmad Zahid.

Berhubung pengawal keselamatan warga Nepal, beliau berkata mereka bukan sahaja diwajibkan menghadiri latihan pengawal keselamatan di pusat-pusat latihan terpilih di negara asal malah perlu menjalani latihan lanjutan selama empat hari setiap tahun sepanjang mereka bekerja di negara ini.

Beliau berkata bagi meningkatkan imej dan keterampilan pengawal keselamatan di negara ini, KDN akan membuat penjenamaan semula pakaian seragam pengawal keselamatan sedia ada kepada tiga kategori iaitu pengawal statik, pengawal bersenjata bagi menjaga 'cash-in-transit' dan kawalan keselamatan maritim.

"Perbincangan sedang dibuat dan akan dikoordinasikan dengan PDRM sertapihak persatuan bank di negara ini sebelum tarikh penguatkuasaan diumumkan," kata Ahmad Zahid. 

Melalui program latihan CSG, kira-kira 10,000 pengawal keselamatan tempatandisasarkan dilatih sehingga akhir tahun ini dengan keutamaan bagi pengawal keselamatan sekolah.

Tags / Kata Kunci: kad pengenalan , JPN , pengawal keselamatan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan