MH370: Malaysia Maklumkan Perkembangan Terkini Kepada China

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 12:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengetuai satu delegasi Malaysia ke China untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa negara itu perkembangan terkini mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan berkata Hamzah akan memaklumkan kepada mereka tentang usaha terkini di peringkat tiga pihak yang melibatkan China, Australia dan Malaysia serta sumbangan Malaysia.

Hamzah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Waris, mengetuai delegasi itu, yang turut dianggotai pengerusi tiga jawatankuasa peringkat menteri mengenai MH370.

Mereka ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi bagi Jawatankuasa Teknikal, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (Jawatankuasa Pergerakan Aset) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media).

Semalam, jawatankuasa tersebut mengumumkan bahawa usaha mencari pesawat yang hilang itu akan beralih ke kawasan jauh ke selatan di selatan Lautan Hindi dan dijangka selesai dilakukan dalam masa lebih kurang setahun.

Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan