"Kurung Yang Mampu Kami Buat" - Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung di sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat semalam menyifatkan tindakan itu jalan terbaik yang mampu mereka lakukan.

Ismail Ibrahim, 57, abang tiri kepada wanita berusia 44 tahun itu, berkata beliau dan anggota keluarga yang lain berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan wanita tersebut.

"Saya nak lepaskan dia tidak boleh sebab dia perempuan dan dia tidak boleh bergaul dengan orang ramai sebab dia garang, rumah pun pernah dia bakar kerana dia agresif," dakwanya.

"Pernah sekali ketika di Pulau Pinang, dia buang mangkuk dari tingkat dua ke bawah. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi, kami dah ikhtiar," kata Ismail kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Tumpat di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah Yahya dikurung di dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter dan dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya, di Kampung Pasir, Pekan Hulu di sini.

Ismail menjelaskan beliau tidak menyediakan bekalan air dan elektrik di bilik berkenaan kerana khuatir akan membahayakan mangsa.

"Dulu kita ada letak televisyen dan paip air tetapi dia pecahkannya.

"Saya hantar makanan tiap-tiap hari dan lampu kita sediakan dari luar dan akan menyala bermula 7 malam," katanya.

Ismail berkata dia dan anggota keluarga bersyukur pihak JKM mengambil perhatian perkara itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazaman Abdul Manaf berkata pihaknya mendapati mangsa tidak didaftarkan sebagai OKU.

"Kita telah semak rekod kita dan Nasitah belum berdaftar sebagai OKU dan kita akan ambil tindakan segera. Untuk tindakan awal, kita luluskan bantuan segera RM300 dengan harapan dapat beli keperluan yang perlu," kata Norazaman.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada hospital bagi menentukan tindakan yang akan diambil selanjutnya termasuk menempatkannya di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Pengarah Hospital Tumpat Dr Norlaili Sabariah Mohd Ghazali berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa pernah mengalami sakit mental.

"Mangsa dah stabil dan kita dapati sebelum ini dia telah didiagnos sebagai pesakit mental tetapi kita perlu pengesahan pakar.

"Bagaimanapun, dia tidak kronik dan masih boleh menerima rawatan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu masyarakat lebih aktif menyalurkan maklumat mengenai mereka yang kurang bernasib baik di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa untuk diberi pembelaan.

Tags / Kata Kunci: Tumpat

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan