Majikan Diingatkan Jangan Sesuka Hati Tutup Kilang - Berita Semasa | mStar

Majikan Diingatkan Jangan Sesuka Hati Tutup Kilang

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN:  Majikan yang menutup operasi kilang tanpa sebarang notis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pekerjaan 1955.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata mengikut akta itu, kilang atau majikan yang hendak menghentikan operasi atau pekerja perlu menghantar notis enam minggu atau lapan minggu lebih awal.

"Mereka juga perlu melunaskan bayaran gaji dan elaun bagi memboleh pekerjamencari pekerjaan baharu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada 54 buah masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Maran pada Jumaat malam.

Ismail berkata segelintir majikan telah dikesan melakukan kesalahan itu dan telah diambil tindakan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan