Jerebu: 23 Kawasan Catat Kualiti Udara Sederhana

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung mencatat kualiti udara sederhana setakat 9 pagi ini, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Antara lokasi dengan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana itu ialah Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya (masing-masing 79); Bakar Arang (Sungai Petani), Nilai, Seberang Jaya 2 (Perai), dan Banting (masing-masing 75); Shah Alam (74); Batu Muda (Kuala Lumpur)(73); dan Kuala Selangor (70).

Turut mencatat IPU sederhana ialah Perai (67); Cheras (64); Seremban, Universiti Sains Malaysia (Pulau Pinang), Bukit Rambai (Melaka) dan Putrajaya (masing-masing 63), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (Ipoh) (62); dan Alor Setar (61).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing. 


Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan