Umat Islam Di Malaysia Mula Puasa Ahad

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Ahad, 29 Jun 2014, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Tags / Kata Kunci: Puasa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan