Rakyat Malaysia Berjihad Di Luar Negara Perlu Dipantau - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus dipantau pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti keganasan tidak menular di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata aktiviti seumpama itu agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dianggap sebagai pelampau walaupun mungkin tujuan mereka ialah ke arah jihad fisabilillah.

"Mereka ini dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan-pasukan bersenjata, jadi ini sesuatu yang kita harus pantau (dan) walaupun ia berlaku di luar negara, tetapi kemungkinan ada (di dalam negara) kalau mereka pulang ke tanah air.

"Kalau tidak dipantau, inilah kumpulan-kumpulan yang boleh memberi masalah dan mempunyai hubung kait dengan keganasan dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara yang semakin membimbangkan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu sebarang perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

"Jadi walapun peristiwa itu berlaku di luar negara seperti Syria dan di mana pun, kita tidak boleh pandang ringan, memang pihak kerajaan ada buat pemantauan melalui hubungan kita dengan rakan-rakan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

"Kita sudahpun terima laporan pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi Interpol. Kita sudah dapat maklum balas tentang keadaan yang sebenar tetapi kita belum dapat memastikan secara terperinci," kata beliau.

Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Sebuah laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan terdapat aktiviti merekrut pejuang jihad melalui laman sosial yang turut membabitkan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadan serta hadiah cemerlang peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Darjah Khas bagi Parlimen Pagoh.

Sebelum itu, Muhyiddin merasmikan Karnival Rakyat di Kampung Sungai Meda, Bukit Kepong.

Di majlis itu, beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Pertandingan Industri Kecil dan Sederhana Pagoh, Aini Ayub dari Multiniaga Frozen Food Sdn Bhd.

Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Program Rakan Usahawan Negeri Johor, Sijil Penghargaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Parlimen Pagoh selain hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal Modenas 110 yang dimenangi oleh Mohd Syamel Kamarudin dari Kampung Sawah Laku.

Karnival itu menyaksikan pelbagai acara diadakan seperti pameran IKS oleh 24 peserta dari kawasan Parlimen Pagoh dan perlumbaan motorcross.
Tags / Kata Kunci: Jihad , Syria , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan