72 Terjemahan al-Quran Di Masjidil Haram

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Pengguna telefon bimbit kini boleh memuat turun al-Quran di Masjidil Haram.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi membangunkan sistem teknologi yang membolehkan pengguna telefon pintar memuat turun perisian al-Quran di Masjidil Haram.


Wakil Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Ali Hamid Al Nafji memaklumkan al-Quran dengan terjemahan 72 bahasa asing tersebut kini boleh dimuat turun dengan mudah oleh jemaah.

Beliau berkata, mereka juga telah menambah 4,000 rak untuk menempatkan 950,000 al-Quran di dalam Masjidil Haram.

Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan sedang membuat persiapan akhir untuk menangani kemasukan ratusan ribuan jemaah umrah menjelang Ramadan.

"Sebanyak 2,000 kamera pengawasan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di dalam Masjidil Haram dan kawasan sekitar Makkah," kata jurucakap polis.

Menerusi Arab News, polis trafik juga mengeluarkan arahan melarang kenderaan masuk kawasan sekitar Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan. 

Tags / Kata Kunci: Arab Saudi , Masjidil Haram , al-Quran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan