Puteri Umno Bantu 5 Beradik Yatim Piatu

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

Mas Ermieyati meluangkan masa bersama lima beradik yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudara mereka di ibu negara.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Puteri Umno tampil menghulurkan bantuan kepada lima beradik yatim piatu bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Muhammad Haikal Jefri, 16, Fatin Adlina Jefri, 14, Muhammad Aidil Jefri, 10, Nurshamimi Jefri, 4, dan Nur Auni Sofia Jefri, 3, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka maut dalam satu kemalangan jalan raya pada Mei lepas.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin melawat kelima-lima beradik itu, yang kini tinggal bersama-sama ibu saudara mereka, Zainah Mohd Zain, bagi menyampaikan sumbangan baju raya dan keperluan harian.

Beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM4,350 untuk dimasuk dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) lima beradik berkenaan.

"Sumbangan RM3,000 hasil kawan-kawan saya dulu yang belajar di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)dari Fakulti Undang-Undang kumpul dan lagi RM1,350 sumbangan daripada Puteri Umno Bandar Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas melawat lima beradik itu di rumah mereka di sini.

Mas Ermieyati berkata Puteri Umno akan sentiasa mengikuti perkembangan lima beradik itu pada masa depan sebagai usaha menjamin kebajikan mereka.

"Tidak menjadi masalah kepada Puteri Umno Wilayah Persekutuan bersama Puteri Umno Bandar Tun Razak untuk datang menjenguk dan bertanya khabar anak-anak ini sekali-sekala selepas ini," katanya.

Dalam nahas pukul 7.30 pagi pada 23 Mei lepas, juruteknik Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya, Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja apabila motosikal yang mereka naiki digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras di Jalan Loke Yew.

Sementara itu, Muhammad Haikal sebagai abang sulung berkata, beliau berterima kasih atas sumbangan berkenaan dan mahukan semua adik-adiknya membuktikan kejayaan dalam pelajaran masing-masing demi masa depan mereka.

"Kami akan belajar bersungguh-sungguh walaupun ibu dan ayah telah tiada," katanya.

Tags / Kata Kunci: Puteri Umno , Aidilfitri , SSPN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan