Prima Tambah Unit Rumah Di Kulim, Langkawi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan diperluaskan ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) dan Langkawi dalam memastikan perancangan untuk membina 20,000 rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia di Kedah mampu dicapai.

Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata sebanyak 2,871 unit rumah akan dibina di tiga kawasan iaitu dua di Kulim Hi-Tech dan satu di Langkawi yang dijangka bermula Ogos sehingga akhir tahun ini.

"Kita akan membina 711 unit rumah di kawasan Kulim Hi-Tech yang melibatkan dua kawasan manakala sebanyak 2,160 unit rumah akan dibina di Langkawi dengan hasil usahasama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

"Ia dijangka bermula pada bulan Ogos dan kita sedang berbincang dengan kerajaan negeri untuk melihat di daerah lain yang mendapat permintaan tinggi untuk pembinaan rumah PR1MA," katanya selepas melawat tapak perumahan di sini Jumaat.

Beliau berkata ketika ini PR1MA telah memperoleh tanah seluas 151.2 hektar di Sungai Petani, Kuala Ketil dan Langkawi untuk dibina 5,227 unit rumah PR1MA dan setakat ini sebanyak 3,067 unit rumah telah pun dalam proses pembinaan.

"Setakat ini proses pembinaan telah pun dimulakan di Sungai Petani (2,744) dan Kuala Ketil (323) dan kita jangka peringkat fasa pertama akan siap dalam tempoh 18 bulan dari sekarang. Jika tiada masalah, ia akan siap menjelang hujung tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan pihak yang terlibat untuk memikirkan bagaimana mahu mempercepatkan proses pembinaan rumah ini kerana kebiasaannya pembinaan rumah memakan masa sehingga dua tahun tetapi saya tidak mahu ia mengambil masa yang begitu lama. Menjelang tahun depan saya ingin lihat 1,000 unit rumah sudah disiapkan," katanya.

Beliau berkata setakat ini pemohonan bagi mendapatkan rumah PR1MA ini telah mencecah 8,000 yang mana 4,300 daripadanya berhasrat untuk mendapatkan rumah di kawasan Sungai Petani.


Tags / Kata Kunci: Prima

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan