Penswastaan Kampus UiTM Cepatkan Pembinaan - Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengguna pakai Inisiatif Kewangan Awam (PFI) bagi pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mempercepatkan proses pembangunannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Ia merupakan strategi yang diguna pakai oleh kerajaan. Jika kita menunggu adanya perbelanjaan kerajaan, enam kampus tidak akan dibina dan siap pada 2014, memandangkan kita mempunyai komitmen lain di bawah belanjawan perbelanjaan pembangunan.

"Itulah sebabnya ia dilakukan secara PFI dan ia membolehkan infrastruktur kritikal atau yang diperlukan dibina lebih awal daripada rancangan asalnya, " katanya.

Abdul Wahid berkata demikian selepas pelancaran 'Malaysia Economic Monitor' Bank Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

Beliau juga mengulas kritikan terhadap penswastaan projek-projek oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Semasa menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ia bermula dengan langkah untuk meningkatkan pengambilan di UiTM kepada 200,000 pelajar pada 2007, dan PFI telah diputuskan pada 2009, yang melibatkan sembilan kampus, dua Pusat Asasi dan satu institut latihan.

Bagaimanapun, fasa pertama hanya melibatkan enam kampus dengan pembinaan bermula pada 2011 dan siap pada tahun ini, katanya.

Mengulas mengenai kos, Abdul Wahid berkata ia jauh lebih tinggi memandangkan jumlah kos termasuk penyelenggaraan kemudahan itu selama 20 tahun.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan kos berkenaan.

"Pastilah setiap kali kita memulakan sebarang inisiatif tertentu, kita mempunyai kos standard dan penanda aras untuk digunakan, di samping memastikan ia munasabah bagi kerajaan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata mesyuarat kabinet pada Rabu meminta Abdul Wahid supaya menjelaskan perkara berkenaan secara terperinci.
Tags / Kata Kunci: UiTM , Rafizi Ramli , Abdul Wahid Omar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan