PBT Perlu Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 11:24 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bertanggungjawab kepada penduduk mereka termasuk di negeri ini.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan tempatan yang berada di peringkat terendah dalam struktur kerajaan seharusnya menjadi peringkat yang paling utama dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan rakyat.

"Pihak berkuasa tempatan yang tidak diuruskan dengan baik akan membawa kepada pentadbiran yang buruk, " katanya pada satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau juga berkata urus tadbir yang baik memerlukan penyertaan meluas dan perbincangan melibatkan bukan sahaja agensi-agensi kerajaan tetapi juga pelbagai wakil dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan sivil bagi merapatkan jurang antara rakyat dan PBT.

Penyertaan rakyat juga penting untuk tadbir urus yang baik supaya masyarakat meyakini PBT yang turut diwakili oleh anggota majlis tempatan yang dilantik oleh kerajaan, katanya.


Tags / Kata Kunci: PBT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan