KKLW Sedia RM86 Juta Biayai Program Latihan Kemahiran

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 5:01 PM

Gambar hiasan antara program kemahiran iaitu menjahit.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM86 juta bagi membiayai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) untuk kumpulan sasar terdiri kalangan miskin dan miskin tegar bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW, Datuk Ahmad Zubir Abd Ghani berkata PLKK menyasarkan seramai 10,117 peserta mendapat latihan kemahiran sepanjang RMK-10 yang berakhir tahun depan.

Beliau berkata malah diunjurkan 70 peratus daripada peserta berkenaan akan berupaya mendapat jaminan pekerjaan, seterusnya terkeluar daripada kepompong kemiskinan.

"Objektif pelaksanaan PLKK dalam tempoh lima tahun ini adalah untuk mempertingkat modal insan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah...melalui penyediaan kursus keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kemahiran bagi memperoleh pekerjaan atau menjalankan kegiatan ekonomi yang mendatangkan pendapatan tetap dan lebih baik.

"Bagi tempoh RMK-9, peruntukan yang disediakan membiayai PLKK berjumlah RM96.5 juta bagi membiayai sejumlah 957 projek melibatkan 21,672 peserta golongan miskin dan miskin tegar," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Ahmad Zubir ditemui pada perasmian Majlis Tamat Latihan 200 Pelatih Akademi Felcra Training & Consultancy (FTC) PLKK bagi Kursus Minyak dan Gas anjuran Felcra dengan kerjasama Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Gong Badak di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

PLKK dilaksanakan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) bertujuan meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaaan atau dapat mengusahakan perniagaan sendiri yang boleh memberi pendapatan lebih kukuh.

Ahmad Zubir berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada Program Latihan dan Pendidikan dalam RMK-8 dan bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan golongan sasar mengikuti kursus latihan dan pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Ramlee Abu Bakar berkata FTC yang merupakan anak syarikat milik penuh Felcra Berhad dipertanggungjawabkan melaksanakan pelbagai program latihan kemahiran bermula 2002, selaras dengan matlamat penubuhan FTC.

"Latihan dijalankan FTC termasuklah dalam bidang pertanian yang menjadi aktiviti teras Felcra Berhad di samping bidang automotif, kecantikan, fesyen & tekstil, hospitaliti dan terbaru dalam bidang berteknologi tinggi industri minyak dan gas.

"Kita yakin 200 pelatih minyak dan gas ini akan mendapat pekerjaan selepas ini kerana kita telah bekerjasama dengan beberapa syarikat industri berkenaan berikutan permintaan tenaga mahir dalam industri ini," katanya dan menurutnya sepanjang tahun lepas, FTC telah melatih seramai 876 pelatih.


Tags / Kata Kunci: KKLW

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan