Empat Pejuang Jihad Kongsi Penglibatan Di Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 9:38 AM

Mohd Lotfi (tiga kiri) dipercayai terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjadi pejuang jihad di Syria dilihat berbangga dengan perbuatan mereka dengan memuat naik gambar selfie dan video di laman sosial Facebook dan YouTube.

Sekurang-kurangnya empat daripada mereka berkongsi gambar dan pengalaman secara terbuka di media sosial sekali gus membuktikan mereka aktif terlibat dalam gerakan jihad di sana.

Mereka dipercayai direkrut oleh Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad beroperasi di Syria dan Lubnan.

Carian di Internet mendapati laman web dalam Bahasa Malaysia yang mengagung-agungkan kumpulan jihad ini termasuk Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam dan Uncle Syahid Insya Allah.

Antara salah seorang anggotanya yang terkenal adalah bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Mohd Lotfi berasal dari Baling, Kedah, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun dari 2001 turut berjuang di Afghanistan.

Beliau dipercayai antara 20 rakyat Malaysia yang disahkan oleh Bukit Aman terlibat dalam pemberontakan di Syria.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad tersebut ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays.

Beliau dikatakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara.

Dalam satu klip video, seorang lelaki yang menyerupai Lotfi bersama dengan beberapa anggota gerakan itu membawa AK-47.

Kumpulan Jabhat al-Nusra yang dipercayai ditubuhkan pada 2012 disifatkan sebagai kumpulan militan paling agresif dan mempunyai sokongan kewangan yang kuat.

Ia dianggap sebagai kumpulan militan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Australia dan Britain.

Dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai turut terlibat dalam gerakan jihad itu muncul dalam satu klip video di YouTube.

Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohamed Fauzi,  dan kini menggelar dirinya sebagai Abu Dayyan dan Abu Naeem berada di tebing Sungai Euphrates.

Dalam video tersebut, turut kelihatan tiga orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebagai Abu Issa Al-Andalusi yang banyak bercakap mengenai jihad.

Klip tersebut yang dimuatnaik oleh Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam bertajuk 'Mujahideen ISIS dari Malaysia' mempunyai sari kata dalam Bahasa Malaysia.

ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ia juga merujuk kepada Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Akhbar British mendakwa, lelaki ketiga yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Issa Al-Andalusi didakwa sebagai bekas pemain Arsenal.

Namun jurucakap Arsenal berkata, kelab tersebut tiada rekod pemain dengan nama tersebut.






Tags / Kata Kunci: kumpulan jihad , Malaysia , Mohd Lotfi , PAS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan