Surat Tunjuk Sebab: Yammy Rela Dipecat Umno

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

Eksklusif

KUALA LUMPUR: Yammy Samat rela dipecat Umno selepas menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau menyifatkan parti itu tidak begitu serius dalam mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya memang dah dapat surat tunjuk sebab daripada Umno tetapi itu cuma salinan. Selepas tiga hari, saya masih belum terima salinan yang asal.

"Tak kan saya hendak jawab pada surat yang hanya salinan untuk Umno Perak dan Ipoh? Mereka hendak saya jawab ke tak nak? Biarlah profesional.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini.

Yammy Samat pada Isnin lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy berkata, kemungkinan besar beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu kerana kekecewaannya terhadap cara Umno untuk mendapatkan penjelasannya.

"Saya dah penat menunggu dan saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengikuti jejak anaknya menyertai DAP sekiranya dipecat dari Umno, Yammy memberitahu, beliau hanya mengambil keputusan untuk bersara daripada terbabit dalam politik.

"Saya tidak akan masuk mana-mana parti lain jika dipecat. Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun.

"Apapun, saya akan terus memberi sokongan kepada Dyana atas kapasiti saya sebagai seorang ibu. Tidak lebih daripada itu," katanya yang pernah menjadi Setiausaha Wanita Umno Bahagian Ipoh Barat.

Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan