Perkasa Beri Penjelasan Kenyataan 'Pancung Kepala' MP

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 9:05 AM

Sebahagian daripada ahli Perkasa ketika berkumpul secara aman sebelum menyerahkan memorandum sokongan taat setia kepada Sultan Selangor serta sokongan kepada Mais dan Jais berhubung isu rampasan Bible, kepada wakil pihak istana di hadapan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Isnin lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim memberi penjelasan mengenai kenyataan kontroversinya untuk memancung kepala beberapa pemimpin PAS dengan berkata ia adalah hanyalah ucapan semata-mata.
 
Ruslan berkata 'pancung kepala' yang diucapkan olehnya itu merujuk kepada pemimpin yang perlu dihukum oleh pengundi melalui cara demokratik.

"Saya sebenarnya merujuk kepada pancung kepala dalam politik, yang bermakna pemimpin adalah tertakluk kepada hukuman oleh pengundi dalam pilihan raya, sama ada pemilihan parti atau pilihan raya umum," katanya kepada The Star, Rabu.

Kenyataan Ruslan yang juga bekas Ketua Penerangan Perkasa itu telah menimbulkan kemarahan daripada pelbagai pihak yang dilaporkan menggesa empat kepala ahli Parlimen pembangkang dipancung.

Beliau membuat kenyataan itu semasa perhimpunan Perkasa di Shah Alam pada Isnin untuk menunjukkan sokongan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menghantar memorandum mahukan Bible yang dirampas Jais dijadikan sebagai kes mahkamah.

Kenyataan itu ditujukan kepada empat ahli Parlimen yang dilaporkan menggesa supaya kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihadkan.

Empat Ahli Parlimen tersebut ialah adalah Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rusli Che Mat (Hulu Langat).

"Jika kamu tidak tutup mulut kamu daripada terus memperkotak-katikkan Islam, kita akan tutup mulut kamu dan jika kamu mengkhianati Sultan, kita akan pancung kepala kamu.

"Biarkan kamu mati daripada terus menjadi parasit," katanya semasa berucap.

Perhimpunan itu tidak mendapat kelulusan oleh Mais.

Ruslan kini menjelaskan bahawa kenyataan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk mengambil pedang atau parang untuk menyerang ahli parlimen.

"Saya hanya berkata bahawa pengundi perlu menghukum mereka kerana mereka mengkhianati Sultan Selangor, yang bertindak sebagai payung untuk pihak berkuasa agama," katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata isu meminta maaf atau menarik balik kenyataan itu tidak timbul.

"Tidak, ini langsung bukan satu isu, kerana kita bercakap dalam konteks politik, bukan samseng," katanya.

Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali, ketika dihubungi, memberi respons secara ringkas dengan berkata "cukuplah, cukuplah".

"Itu adalah kenyataan beliau dan beliau perlu menjelaskannya sendiri," kata Ibrahim.
Tags / Kata Kunci: Perkasa , pancung kepala

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan