Pemimpin PAS Antara Pejuang Jihad di Syria

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 12:37 PM

Lotfi Ariffin (kiri) bersama dengan Akil Ukays (kanan) di Syria. Foto Ihsan bicaraworld.blogspot.com.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana.

Siasatan The Star mendapati, Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Esok The Star akan memaparkan artikel eksklusif mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai telah direkrut oleh gerakan Barisan al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad yang beroperasi di Syria dan Lubnan. 


Bekas pemain drum kumpulan Ukays, Akil Zainal Ukay. - Foto Malaysianreview.com

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays.

Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad.

Tags / Kata Kunci: jihad , Lotfi Ariffin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan