Jabatan Peguam Negara Mohon Mencelah 2 Kes Hak Jagaan Anak

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 10:15 PM

Abdul Ghani Patail

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara akan memohon untuk mencelah dalam prosiding dua kes hak penjagaan anak membabitkan ibu bapa Islam dan bukan Islam, yang menimbulkan konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kes pertama membabitkan S. Deepa dan Izwan Abdullah @ N.Viran di Negeri Sembilan manakala kes kedua membabitkan Indira Gandhi dan Mohamad Riduan Abdullah @ K.Pathmanathan di Perak.

"Kedua-dua kes ini telah menimbulkan persoalan perlembagaan berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil khususnya dari segi tafsiran Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

"Memandangkan kedua-dua kes ini telah menjadi suatu kes kepentingan awam yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat ketenteraman awam serta persoalan perlembagaan yang wujud dalam kedua-dua kes tersebut, jabatan akan memohon untuk mencelah dalam prosiding kedua-dua kes itu di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Abdul Gani berkata beliau juga akan memohon penggantungan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua mahkamah terhadap Polis Diraja Malaysia.

Dalam kes pertama, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memberi Perintah Jagaan kedua-dua anak bernama Nur Nabila Izwan (V.Sharmila), 8, dan Muhammad Nabil Izwan (V. Mithran), 5, kepada bapa mereka yang memeluk Islam pada 19 September 2013.

Perintah itu kemudian dipinda pada 7 Okt 2013 dengan memasukkan arahan agar PDRM membantu Izwan mendapatkan anak-anaknya.

Bagaimanapun, pada 7 April lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memberi hak penjagaan kanak-kanak itu kepada ibu mereka dan mengarahkan polis mendapatkan kembali Mithran daripada Izwan pada 21 Mei 2014.

Bagi kes kedua, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 Sept 2009 memberi hak penjagaan Umu Salamah Muhammad Riduan, 12, Abu Bakar Muhammad Riduan, 11, dan Umu Habibah Muhammad Riduan, 1, kepada bapa mereka yang memeluk agama Islam.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu diberi kepada ibu mereka dengan akses munasabah sekali seminggu kepada Muhammad Riduan.

"Seterusnya, pada 30 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan Perintah Mendapatkan Balik balik kanak-kanak bernama Prasana Diksa (Umu Habibah).

"Perintah itu, antara lain, mengarahkan mana-mana pegawai polis diberi kuasa untuk memindahkan kanak-kanak itu daripada bapanya atau sesiapa yang mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kanak-kanak tersebut," menurut kenyataan itu.

Abdul Gani berkata tindakan mencelah di Mahkamah Rayuan dilakukan bagi memastikan isu yang berbangkit dalam kedua-dua kes dapat diselesaikan secara muktamad, adil, aman dan harmoni menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, satu daripada tujuan mencelah dalam prosiding berkenaan ialah kerana Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbang untuk membuat satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan suatu keputusan muktamad berhubung isu perlembagaan yang berbangkit dalam kedua-dua kes, katanya.
Tags / Kata Kunci: Peguam Negara , Hak Penjagaan Anak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan