Imam Luar Negara Pimpin Solat Tarawih Di Empat Masjid

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Beberapa imam dari Mesir, Zimbabwe dan Syria akan mengimamkan solat sunat tarawih di empat masjid utama di Putrajaya dan Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata jemputan itu dibuat setahun sekali sebagai daya tarikan selain memberi peluang kepada para jemaah yang merindui kefasihan dan kelunakan alunan bacaan Al-Quran daripada orang Arab.

Dalam satu kenyataan pada Khamis beliau berkata Imam Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir yang merupakan imam tarawih jemputan di Masjid Negara sejak 2010, akan mengimamkan solat tarawih di masjid yang sama kali ini.

"Imam jemputan bagi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ialah Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky dari Mesir dan Mufti Zimbabwe iaitu Imam Syeikh Ismail Musa Menk.

"Syeikh Romi Al Badawi dari Syria dan Syeikh Muhammad Munjji dari Mesir pula akan mengimamkan solat tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur," kata Othman.

Sementara itu, katanya, Masjid Putra, Putrajaya menjemput imam tarawih tempatan iaitu Pensyarah Jabatan Tahfiz dan Qiraat Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Ustaz Ikmal Zaidi Hashim Al Hafiz dan guru Sekolah Kebangsaan Puchong Ustaz Shamsulrijan Uwais Al-Qarny Ali Al Hafiz.

Sehubungan itu Othman berkata masyarakat Islam berdekatan dipelawa memanfaatkan peluang untuk menyertai solat tarawih di masjid-masjid utama ini.

"Semua masjid utama di bawah Jakim ini juga telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan Ramadan antaranya majlis berbuka puasa (Iftar Jamai'e), kaunter zakat fitrah, edaran bubur lambuk secara pandu lalu, program tadarus mengikut kumpulan sasaran, program Qiamullail dan tazkirah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tarawih

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan