Terengganu Wujudkan e-aduan, Mudahkan Rakyat Kemuka Masalah

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 10:52 AM

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mewujudkan sistem e-aduan sebagai saluran rakyat membuat aduan atau mengemukakan sebarang cadangan dengan lebih mudah dan cepat.

Sistem itu akan dikendalikan melalui Pusat Transformasi Rakyat Terengganu (PUTRA) yang ditubuhkan kerajaan negeri bulan lalu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata inisiatif itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat selari dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

"Apa sahaja masalah atau cadangan yang dikemukakan rakyat ini akan terus mendapat maklum balas segera dari pihak bertanggungjawab dan ia akan dirujuk mengikut nombor e-aduan tersebut.

"Seterusnya, setiap ketua jabatan akan melaporkan kepada saya berapakah jumlah aduan yang telah diselesaikan dan mereka ini mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI). Saya percaya langkah ini akan membolehkan kita menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat dengan efisien," katanya dalam perjumpaan khas bersama warga kerja Wisma Darul Iman di sini, Khamis.

Kerajaan negeri, katanya bersedia mendengar apa sahaja hasrat atau cadangan rakyat pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, golongan muda dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita sangat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan demi memantapkan urusan pentadbiran negeri agar matlamat menjadikan Terengganu maju 2020 akan tercapai.

"E-Aduan ini juga bertujuan memastikan rakyat selesa dengan maklum balas pantas dari pegawai atau pihak bertanggunggjawab terhadap masalah dan cadangan yang mereka kemukakan itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: e-aduan , terengganu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan