Cuaca Panas, Nyamuk Aedes Lebih Agresif

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 9:15 AM

Nyamuk aedes boleh membiak dalam jumlah air bersaiz duit syiling 20 sen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nyamuk aedes lebih agresif dan menggigit mangsa lebih kerap dalam cuaca panas dan kering, menurut seorang pakar denggi.

Prof Dr Sazaly Abu Bakar, yang berkhidmat dengan Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Kajian Arbovirus dan Rujukan di Universiti Malaysia (UM) berkata, kekurangan air menjadikan nyamuk lebih agresif.

"Ia akan membiak dan membesar dengan pantas walaupun kitaran hidupan serangga pembunuh itu singkat dan menggigit mangsa dengan lebih kerap," katanya.

Beliau berkata, orang ramai akan membiarkan pintu dan tingkap terbuka ekoran cuaca panas membolehkan nyamuk masuk ke dalam rumah dengan mudah.

"Mereka harus melindungi diri sendiri dengan memasang skrin jaringan di pintu dan tingkap," katanya.

Sebanyak 300 kes denggi seminggu direkodkan di PPUM, Mei lalu.


Dr Sazaly berkata, kes denggi meningkat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kira-kira 300 kes dicatatkan seminggu pada bulan lalu, sama dengan jumlah yang direkodkan pada Mac lalu.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak keluar rumah ketika waktu senja dan menggunakan penghalau nyamuk apabila berada di luar rumah.

"Orang ramai perlu memakai pakaian berwarna terang kerana warna gelap mampu menarik perhatian nyamuk," katanya.

Dr Sazaly berkata, rumah dan persekitaran perlu diperiksa sekiranya terdapat bekas dan tempat-tempat dimananya terdapat air bertakung.

"Semasa musim panas dan kering, mana-mana takungan air yang terbentuk selepas hujan mampu menarik nyamuk untuk membiak.

"Nyamuk aedes boleh membiak dalam jumlah air bersaiz duit syiling 20 sen," katanya.

Beliau turut menasihatkan sesiapa yang mengalami demam panas harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk aedes yang membawa virus tersebut.

Tags / Kata Kunci: nyamuk aedes , denggi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan