Melaka Tolak Permohonan Batalkan Gazet Hutan Kekal

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka menolak sebarang permohonan untuk membatalkan gazet hutan simpan kekal dalam usaha memelihara khazanah flora dan fauna di negeri itu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu pada Rabu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Melaka mempunyai 12 kawasan hutan simpan kekal seluas 5,093.38 hektar dan tindakan mengekalkan hutan simpan itu juga penting bagi mengekalkan keseimbangan cuaca di negeri ini.

Beliau berkata daripada angka itu kira-kira 30 peratus daripada negeri yang mempunyai keluasan 160,000 hektar itu diliputi kawasan hutan simpan kekal dan peratusan itu perlu dikekalkan bagi memastikan keseimbangan tersebut.

"Melaka kini pesat membangun namun kita giat berusaha memastikan pembangunan itu tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar," katanya ketika menjawab soalan lisan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai keluasan hutan simpan kekal di Melaka dan jaminan kerajaan untuk mengekalkannya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Sukan dan Kesihatan Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata kerajaan negeri membelanjakan RM799,404 bagi menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis bulan lalu.

"Kontinjen kita mencatatkan peningkatan dengan kita peroleh 16 pingat emas pada Sukma kali ini berbanding tujuh pingat emas pada Sukma 2012," katanya menjawab soalan tambahan Roslan Ahmad (BN-Merlimau) mengenai perbelanjaan kerajaan negeri bagi persiapan menghadapi sukan itu.

Idris ketika menggulung sesi penangguhan persidangan itu berkata semua rakyat Melaka yang berbeza latar belakang perlu memanfaatkan kemakmuran negara untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Jangan sesekali jadikan perbezaan itu suatu sebab untuk berpecah, perbezaan itu adalah suatu keistimewaan untuk kita gunakan bagi membawa hidup kita ke tahap yang tertinggi," katanya.

Speaker DUN Melaka Datuk Othman Mohamad kemudian menangguhkan persidangan kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tags / Kata Kunci: Melaka , Hutan , DUN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan