MCA Janji Capai Transformasi Negara - Liow

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 7:45 PM

Tiong Lai (tengah) yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan yang baharu ketika mengadakan sidang media di Wisma MCA di sini, Rabu. Turut sama Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) yang turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong (dua, kiri) sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA berjanji akan berusaha untuk memastikan parti itu membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan transformasi negara susulan pelantikan mereka ke Kabinet.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau dan pemimpin-pemimpin MCA akan bekerja dengan lebih gigih untuk memastikan matlamat itu dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

"MCA akan berusaha dengan sebaik mungkin...kami menghargainya dan akan menggandakan usaha untuk memastikan kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini.

"Perdana Menteri ingin melihat MCA mewakili kaum Cina dalam Kabinet untuk memastikan kerajaan dapat terus memastikan perpaduan, keharmonian dan pembangunan yang berterusan di negara kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA di sini, Rabu.

Liow juga berkata, pelantikan anggota MCA dalam Kabinet mampu mengukuhkan lagi kekuatan parti itu.

"MCA akan terus berusaha gigih pada masa depan, sambil kami melakukan transformasi dalam parti. Kami juga yakin dapat mengukuhkan parti dalam masa terdekat.

"Kepimpinan baharu MCA sememangnya mahu mentrasnformasi parti secepat mungkin," kata Liow.

Beliau berkata, sekembalinya MCA dalam Kabinet, beliau yakin kaum Cina akan melihat Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang mengutamakan nilai perpaduan pelbagai kaum.

"Saya yakin MCA boleh memainkan peranan penting dari segi mewakili kaum Cina dalam melaksanakan perancangan terbaik untuk negara kerana kita lihat negara kita, sebuah negara berbilang-bilang kaum. Kita memerlukan perwakilan dari setiap kaum untuk menambah baik dasar dan polisi negara kita," katanya.

Liow berkata, pelantikannya sebagai Menteri Pengangkutan merupakan pengalaman baharu baginya.

Saya menerima cabaran ini dan akan memastikan Kementerian Pengangkutan terus menyumbang kepada pembangunan negara," kata beliau.

Liow menyatakan buat masa ini, tugas utamanya selaku Menteri Pengangkutan ialah memberi tumpuan kepada menangani insiden MH370 dengan sebaik mungkin.

"Sebagai Menteri Pengangkutan, isu yang penting adalah untuk menguruskan pencarian MH370. Ini satu tragedi yang amat mendukacitakan dan perlu ditangani dengan segara dan baik...saya pasti akan menumpukan perhatian kepada isu ini," katanya.

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan pelantikan lima pemimpin MCA dalam barisan Kabinet.

Mereka ialah Liow sebagai Menteri Pengangkutan; Timbalan Presiden, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Naib Presiden, Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Naib Presiden, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.



Tags / Kata Kunci: MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai , Kabinet

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan