Liow Ucap Terima Kasih Atas Pelantikan Ke Kabinet - Berita Semasa | mStar

Liow Ucap Terima Kasih Atas Pelantikan Ke Kabinet

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan wakil-wakil MCA dalam barisan kabinet bagi membantu dalam usaha pembinaan negara.

Liow berkata, pelantikan ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib sentiasa berusaha mengamalkan perkongsian kuasa bagi memastikan pembangunan negara yang berbilang kaum ini sentiasa dalam keadaan harmoni.

"Saya berterima kasih dan melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri bagi pelantikan baharu menteri dan timbalan menteri dari MCA. Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk melaksanakan tugas dan berkhidmat kepada negara dan menggerakkan negara ke hadapan," katanya pada Rabu.

Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata selepas meninggalkan kabinet lebih setahun lalu, beliau mendapati banyak perkara yang perlu dilakukan menteri dan timbalan menteri dari MCA untuk membantu perdana menteri.

"MCA perlu meningkatkan usaha untuk mengejar apa yang telah kami tinggalkan, terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan dan dengan itu saya menyeru semua menteri dan timbalan menteri dari MCA untuk memberikan yang terbaik bagi menunaikan tanggungjawab kami," katanya.


Tags / Kata Kunci: MCA
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan