Presiden Tajikistan Kagum Lihat KLCC

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 1:52 PM

Presiden Republik Tajikistan, Emomali Sharipovich Rahmon dan isteri, Azizahmoh Rahmon ketika melawat ke Menara Berkembar Petronas sempena lawatan selama empat hari beliau ke Malaysia pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon dan isteri Azizamoh Rahmon pada Rabu berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di sini sebagai sebahagian daripada program lawatan empat hari beliau ke Malaysia.

Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit di menara berkembar tertinggi dunia itu termasuk menyeberangi jambatan udara di tingkat 42 dan menikmati pemandangan Lembah Klang dari tingkat 86.

Beliau dan delegasinya jelas kagum dengan seni bina bangunan pencakar langit tersebut yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia dari 1998 hingga 2004.

Sepanjang lawatan itu beliau diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad Datuk Hashim Wahir dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik Petronas Norliza Kamaruddin.

Rahmon dijadualkan melawat Proton Holdings Berhad petang ini sebelum berlepas pulang ke Tajikistan.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak kedua-dua negara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1992.


Tags / Kata Kunci: Tajikistan , KLCC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan