Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada lapan setakat 7 pagi Rabu, berbanding lima kawasan pada petang Selasa.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya mencatat bacaan IPU tertinggi pada 113, diikuti Banting dan Pelabuhan Klang (110), Cheras (107), Nilai (106), Shah Alam (105), Petaling Jaya (104) dan Batu Muda (102).

Dalam pada itu Port Dickson yang mencatat bacaan tidak sihat Selasa, turun kepada 82 iaitu IPU sederhana.

Tiga puluh kawasan lain turut mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Kuala Selangor (98), Seremban (88), Seri Manjung (74) serta Bakar Arang dan Sungai Petani yang masing-masing merekodkan IPU 71.

Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dengan yang terendah iaitu 30 dicatatkan di Langkawi dan Sandakan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


Tags / Kata Kunci: IPU , Jabatan Alam Sekitar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan