Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Ketuai Majlis Kawal Selia Umrah

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengetuai Majlis Kawal Selia Umrah yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani peningkatan kes penipuan pakej umrah di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kementerian akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain antaranya Tribunal Tuntutan Pengguna bagi menangani isu berkenaan.

"Kita akan tengok mana-mana agensi lain yang perlu ada di bawah majlis itu kita akan panggil sekali untuk bermesyuarat minggu depan.

"Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan dijemput sama," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra) di sini Rabu.

Tambahnya kerajaan menerusi kementerian amat komited dan sedang merangka strategi bagi menangani isu berkenaan terutamanya kerana ia membabitkan soal agama.

Bagi mengurangkan kes penipuan, beliau berkata kementerian bercadang memperkenalkan lesen khas atau 'sub license' bagi syarikat pelancongan yang ingin menawarkan pakej umrah.

Perkara itu bagaimanapun memerlukan pindaan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, katanya.

Mohamed Nazri juga berkata kementerian sedang mengkaji untuk memperkenalkan harga minimum pakej umrah sebagai langkah menghalang mana-mana syarikat yang cuba menipu orang ramai menerusi penawaran pakej terlalu murah.

Selain itu, katahnya kementerian juga akan mempamerkkan syarikat yang telah disenarai hitam kerana terbabit kes penipuan di samping syarikat yang mempunyai lesen mengeluarkan visa umrah menerusi laman web kementerian.

"Saya ingin betulkan kenyataan yang saya buat di Dewan Rakyat sebelum ini. Sebenarnya terdapat 59 syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi dibenarkan mengeluarkan visa umrah dan bukannya 38 seperti saya nyatakan sebelum ini," katanya.

Statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menunjukkan sebanyak 1,826 kes penipuan pakej umrah dilaporkan membabitkan kerugian melebihi RM10 juta sejak 2010, sehingga tahun lepas.

Terbaharu, 121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah selama lapan hari pada awal bulan ini setelah didakwa terpedaya dengan sindiket pakej umrah yang murah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan