Penggunaan Tenaga Elektrik Paling Tinggi Dalam Sejarah Pada 28 Mei Lepas - TNB

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 8:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan tenaga elektrik paling tinggi dalam sejarah negara dicatat pada 28 Mei lepas berikutan cuaca panas dan kering, demikian menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB Omar Sidek berkata Malaysia merekodkan penggunaan elektrik sebanyak 16,583 MW pada tarikh berkenaan.

Penggunaan tenaga elektrik kini berada pada tahap puncak antara pukul 2 hingga 5 petang setiap hari, menurutnya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

"Bahang El Nino telah pun dirasai dengan cuaca panas melampau dan kurangnya taburan hujan pada masa ini, dan sudah pasti ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih," katanya.

Beliau berkata untuk itu, orang ramai perlu mengamalkan langkah kecekapan tenaga yang dapat mengurangkan beban elektrik.

"Berdasarkan pengalaman El Nino pada tahun 2009, beban elektrik meningkat dua peratus daripada ramalan. Oleh itu, El Nino dijangka meningkatkan penggunaan elektrik pada bulan-bulan yang akan datang," kata Omar.

Malah fenomena El Nino pada masa itu menyebabkan penurunan tahap air serta menyekat kuasa hidro daripada digunakan secara sepenuhnya berbanding janakuasa gas dan arang batu, katanya.

Beliau menjangkakan penggunaan elektrik terus meningkat semasa El Nino berikutan cuaca panas terik menyebabkan penggunaan pendingin hawa dan kipas secara ekstrem di kilang-kilang, premis perniagaan, pejabat dan kawasan kediaman.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk melaraskan suhu sustem pendingin hawa di antara 23 ke 25 darjah Celsius, menggosok pakaian pada waktu malam, memasak air atau menggunakan mesin basuh di luar waktu puncak, katanya.

Beliau juga berkata industri yang menggunakan elektrik secara besar-besaran, seperti kilang keluli dan simen, dinasihatkan supaya beroperasi di waktu malam.

Omar juga menasihatkan pengguna pendingin hawa supaya sentiasa menukar serta membersihkan penapisnya dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit berkenaan kerana penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapannya.

Alat itu perlu diselenggara secara kerap kerana ia boleh membantu pendingin hawa beroperasi secara optimum dan menggunakan kipas selepas suhu bilik mencecah tahap selesa, katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berhubung cara-cara menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di www.tnb.com.my
Tags / Kata Kunci: TNB , elektrik , sejarah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan