Akta Harmoni Nasional: Pemuda Umno Hantar Memo

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menghantar memorandum kepada kerajaan bagi memperhalusi serta melindungi beberapa perkara di dalam Akta Hasutan 1948 sebelum digantikan dengan Akta Harmoni Nasional.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum Akta Harmoni Nasional diluluskan bagi mengelakkan isu-isu sensitif terutama berkaitan kedudukan agama dan bangsa dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Maksudnya Akta Hasutan (1948) selama ini menjadi perisai kepada perkara-perkara yang asas dan sensitif dan saya harap dalam akta baharu, turut diberi perlindungan yang sama kepada semua rakyat Malaysia.

"Bukan hanya kita harap ada perlindungan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi apa sahaja kenyataan atau tindakan yang menghina mana-mana agama mestilah menjadi satu kesalahan di bawah akta baharu ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco sayap pergerakan tersebut di sini, Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada sidang Dewan Negara 30 Mei lepas mengumumkan tiga draf rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. 

Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno , Akta Harmoni Nasional

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan