Kos Hak Penyiaran Piala Dunia Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 6:13 PM

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap berusaha memastikan rakyat di negara ini berpeluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil secara percuma, walaupun terpaksa menanggung kos hak penyiaran yang tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata di negara lain termasuk Singapura, rakyatnya perlu melanggan siaran stesen televisyen berbayar jika mahu menonton kejohanan itu.

"Banyak negara sudah mengenakan bayaran untuk penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak tetapi di negara kita sebahagian perlawanan masih lagi boleh ditonton secara percuma," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau juga menjelaskan hak penyiaran Piala Dunia kali ini adalah eksklusif untuk RTM dan Astro, justeru stesen televisyen swasta lain tidak boleh menyiarkan perlawanan terbabit.

Sebanyak 35 perlawanan iaitu 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) disiarkan RTM untuk kejohanan kali ini.
Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2014 , RTM , kos tinggi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan