Remaja OKU: Firdaus Semakin Sihat

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan terabai di Nilai, Negeri Sembilan Ahad lepas kini terkawal dan lebih baik.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan mendapati remaja itu kurang nutrisi yang menyebabkannya terdedah kepada penyakit.

"Kita sedang tambah nutrisi dan pastikan dia bebas penyakit. Kita sedang merancang tindakan seterusnya dan pastikan kesihatannya pada peringkat terbaik sebelum dibenarkan keluar hospital dan membina ketahanan tubuhnya," katanya kepada pemberita selepas majlis "Dialog Sarapan Pagi" Bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan anjuran Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas perkembangan terbaharu Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu di kawasan Flat Taman Semarak, Nilai selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan pada Ahad lepas.

Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Polis sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar Muhammad Firdaus diabaikan dan ditinggalkan seorang diri di flat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: OKU

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan