Kalimah Allah: Apa Jua Keputusan Mahkamah Tak Harus Timbul Prasangka

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 9:55 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap mana-mana pihak tidak menimbulkan sebarang prasangka dalam apa jua keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata persefahaman baik antara kaum dan agama yang terjalin dalam negara selama ini yang yang berlandaskan kepada perlembagaan serta undang-undang negara dan juga negeri, perlu menjadi pegangan semua.

Menurutnya ia perlu diterima walaupun dalam keadaan yang sukar dan sensitif kerana membabitkan kepentingan semua pihak, semua agama, di samping memastikan tidak timbul isu atau perbalahan yang boleh menjejaskan kerjasama dan perpaduan.

"Saya setuju dengan pandangan ramai dalam perkara ini, kita perlu bergerak ke hadapan, hubungan antara kaum dan agama dalam negara perlu dipertahankan," katanya dalam satu persidangan media selepas mendengar taklimat BN Sarawak di sebuah hotel di sini Selasa.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Roman Katolik untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia.

Bagi Sabah dan Sarawak, Muhyiddin berkata jemaah menteri telah merumuskan satu resolusi 10 perkara yang merupakan jalan sederhana yang terbaik dalam menangani isu berkenaan.

Semasa berucap dalam satu perhimpunan Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana resolusi 10 perkara yang ditetapkan kerajaan pada tahun 2011 antaranya membenarkan masyarakat Kristian di dua negeri itu terus menggunakan bible versi bahasa Melayu mereka.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang turut berada di persidangan media itu ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan berkata: "Ia bukan satu masalah kepada kami".

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan