Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Pulang

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 12:59 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam pesawat Flynas milik Arab Saudi ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur pagi Isnin.

Ekoran kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Colombo, Sri Lanka dan mengakibatkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh selama 12 jam.

Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd, Harun Ahmmu berkata jemaah umrah syarikatnya itu dikenali sebagai Zaleha Salleh, 46, dari Kuala Berang, Terengganu dan disahkan meninggal sekitar pukul 8 pagi waktu Colombo akibat sesak nafas ketika berada dalam pesawat.

"Berikutan kematian jemaah itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan mendarat di Colombo bagi memberi rawatan dan menguruskan jenazah Zaleha.

"Pihak kami telah menghubungi Konsulat Malaysia di Colombo dan Islamic Jemaah untuk pengurusan jenazah sehingga selesai sebelum dihantar pulang ke tanah air dalam masa empat hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Harun berkata pengurusan jenazah mengambil masa yang panjang kerana perlu mematuhi beberapa prosedur sesebuah negara apabila berlaku kematian penumpang di dalam penerbangan dan kapal terbang harus mendarat di lapangan terbang berhampiran untuk pengesahan.

Beliau berkata syarikatnya menanggung semua kos pengurusan jenazah sebelum diserahkan kepada waris.

Susulan kejadian itu, 350 penumpang termasuk 36 jemaah daripada Rayhar Travels Sdn Bhd yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)
pada 10.30 pagi tadi ditangguh sehingga 10.15 malam ini.

Jemaah umrah berkenaan berlepas ke tanah suci sejak 13 Jun lepas.

Sementara itu, seorang jemaah umrah ketika dihubungi Bernama, Rozaini Omar, 46, berkata beliau mengenali arwah kerana menyertai jemaah umrah syarikat yang sama.

"Arwah dikatakan sesak nafas dalam pesawat dan diberi rawatan oleh seorang doktor dan seorang jururawat dalam kapal terbang dan sebaik mendarat di Colombo Zaleha disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan negara itu," katanya.

Rozaini berkata beliau bersama jemaah lain terpaksa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo sekitar 6.25 petang, waktu Malaysia bagi penerbangan pulang ke KLIA.

Tags / Kata Kunci: jemaah , umrah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan