Jerebu: Port Dickson Dan Banting Terjejas

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kawasan iaitu Port Dickson dan Banting merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 8 pagi Selasa.

Menurut laman portal Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Port Dickson mencatat bacaan IPU 101 manakala Banting, 121.

Selain dua kawasan itu, empat kawasan lagi mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Putrajaya (96), Pelabuhan Klang (91), Bukit Rambai di Melaka (90) dan Nilai (95).

Terdapat 17 daripada 52 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menjelaskan bahawa aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.

Katanya, pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.


Tags / Kata Kunci: Banting

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan