98 Peratus Majikan Sudah Laksana Skim Gaji Minimum

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 6:47 PM

Richard Riot

Datuk Seri Richard Riot

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 98 peratus majikan didapati sudah melaksanakan skim gaji minimum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Selasa. 

Beliau berkata gambaran tersebut berdasarkan 986 pemeriksaan berkanun kementeriannya. 

"Saya sebagai Menteri Sumber Manusia gembira kerana pelaksanaan gaji minimum berada pada landasan betul," kata Riot kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau 'Return To Work' (RTW) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2014 di di sini, Selasa. 

Kira-kira dua peratus majikan berkenaan diberi tempoh tiga bulan sehingga September depan bagi melaksanakan skim tersebut. 

Mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan denda RM10,000 jika terus gagal melaksanakan skim tersebut, kata beliau. 

Pelaksanaan skim gaji minimum yang memberi manfaat kepada 1.4 juta pekerja swasta di negara ini, sepatutnya dilaksanakan Januari 2013. 

Oleh kerana majikan dikatakan belum sedia, kerajaan memberi kelonggaran dan penangguhan hingga Januari tahun ini. 

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Dalam pada itu, Riot berkata seramai 8,615 daripada lebih 12,000 pekerja kurang upaya dan mempunyai masalah kesihatan mendapat pekerjaan semula menerusi program 'Return To Work' (RTW) yang diperkenalkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 2007. 

Program RTW membantu pekerja yang mempunyai masalah keupayaan fizikal dan kesihatan tidak kronik mendapat pekerjaan semula melalui beberapa proses pemulihan fizikal dan latihan vokasional. 

Menurut Riot program RTW telah dimasukkan sebagai satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Sumber Manusia bagi mengatasi kemiskinan dalam kalangan orang kurang upaya di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu untuk menangani isu inflasi dan kos sara hidup harian.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan