Tiada PRK Di DUN Bukit Assek - SPR

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.

"PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.

Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di sini, Isnin.

Wong, 54 yang juga bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.

Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.

"Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada," katanya.

Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.

Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz.


Tags / Kata Kunci: Bukit Assek

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan